Program Tarbiah Lin Nisa' Siri 2

Program Tarbiah Lin Nisa' Siri 2 anjuran Biro Agama PERWAKILAN diadakan di Surau Al Illiyyin, WP1 pada hari Jumaat, 17 Mac 2017. Penceramahnya adalah Penceramah Bebas, Puan Roslina Hussein.

tarbiah s2 1 tarbiah s2 2 tarbiah s2 3 tarbiah s2 4 tarbiah s2 5 

Read more... →
17 Mar 2017

Majlis Perpisahan YBhg. Datin Aniza dan Puan Siti Hazura

PERWAKILAN meraikan Ketua Biro Kebajikan, YBhg. Datin Aniza Mohd Tamil dan Penolong Ketua Biro Ceramah, Puan Siti Hazura Mohd Ghaus dalam satu Majlis Perpisahan yang diadakan Kelab Tasik Putrajaya pada 15 Mac 2017 jam 8.00 malam sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan mereka kepada PERWAKILAN. YBhg. Datin Aniza akan mengikut suaminya bertugas di luar negara manakala Puan Siti Hazura pula akan mengikut suaminya bersara mulai April 2017. Majlis diserikan dengan kehadiran Presiden PERWAKILAN, YBhg. Datin Hafipah berserta Ahli Jawatankuasa PERWAKILAN yang lain. Kepada YBhg. Datin Aniza dan Puan Siti Hazura - selamat maju jaya dan jaga diri.

f150317 10 f150317 5 f150317 6 f150317 7 f150317 1 f150317 2 f150317 3 f150317 4 f150317 8 f150317 9 f150317 11

 

Read more... →
15 Mar 2017

Program Asas Menembak dan Keselamatan PUSPANITA

PUSPANITA telah menganjurkan Program Asas Menembak dan Keselamatan di Lapang Sasar Kem Briged Tengah Pasukan Gerak Am di Cheras pada 16 Mac 2017 dari jam 8 pagi hingga 1.30 petang. Hanya dua (2) orang peserta sahaja yang dijemput daripada setiap Cawangan. Bagi Cawangan Kementerian Luar Negeri diwakili oleh Puan Noor Azida Azmi dan Puan Siti Hazura Mohd Ghaus. Semua peserta diberikan taklimat keselamatan dan ditunjukkan teknik menggunakan senjata api dengan betul. Selepas selesai taklimat, peserta berpeluang melepaskan 5 tembakan ke sasaran. Pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru dan amat berharga ini akan sentiasa menjadi kenangan.

pask 3 pask 4 pask 6 pask 9 pask 10 pask 13 pask 12 pask 14 pask 1 pask 2 pask 5 pask 8 pask 11 pask 15 

Read more... →
16 Mar 2017

The 35th Annual General Meeting of ASEAN Ladies' Circle

The 35th Annual General Meeting of ASEAN Ladies Circle (ALC) was held at Royal Thai Embassy, Kuala Lumpur on Friday, 10 March 2017. It was officiated by YBhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, in the presence of YBhg. Datin Sri Ismalina Ismail and ALC members.

alc100317 14 alc100317 1 alc100317 5 alc100317 8 alc100317 9 alc100317 10 alc100317 12 alc100317 13 alc100317 15 alc100317 16 alc100317 17 alc100317 18 alc100317 19 alc100317 20  alc100317 21 alc100317 2 alc100317 3 alc100317 4

Read more... →
10 Mar 2017

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Taska PERMATA, Kementerian Luar Negeri

PERWAKILAN telah menganjurkan pertandingan mewarna oleh kanak-kanak Taska PERMATA pada 9 Mac 2017. Juri yang dilantik bagi menghakimi pertandingan ini adalah YBhg. Datin Hafipah, YM Tengku Sofia Dora, YBhg. Datin Nor Azirah dan Puan Siti Hazura. 

permata9 permata10 permata2 permata1 permata3 permata4 permata5 permata6 permata7 permata8 permata11 permata12

 

Read more... →
09 Mar 2017

Majlis Suai Kenal bersama Presiden PERWAKILAN

Majlis Suai Kenal bersama Presiden PERWAKILAN ini dianjurkan bagi menjana minda dan beramah mesra bersama dengan isteri pegawai di Wisma Putra yang baru kembali di tanahair mahupun yang akan meneruskan tugas di luar negara. Program sulung sejak YBhg. Datin Hafipah menjadi Presiden PERWAKILAN ini adalah cadangan beliau sendiri bagi bertemu dan bersuaikenal dengan suri penjawat awam di Kementerian Luar Negeri. Lebih kurang 50 orang telah hadir menjayakan majlis ini yang diadakan di Dewan Makan VIP, WP1 pada 7 Mac 2017.

mskpp11 mskpp12 mskpp13 mskpp14 mskpp10 mskpp2 mskpp4 mskpp5 mskpp7 mskpp9 mskpp15 mskpp83

Read more... →
07 Mar 2017

Lawatan Berpandu Berkumpulan ke Hari Kraf Kebangsaan 2017

Biro Lawatan PERWAKILAN telah menganjurkan Lawatan ke Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 3 Mac 2017 sempena Hari Kraf Kebangsaan 2017.

hkk3 hkk4 hkk5 hkk6 hkk7 hkk8 hkk10 hkk13 hkk15 hkk16 hkk17 hkk18 hkk19 hkk20 hkk21 hkk2 hkk9 hkk11 hkk12

Read more... →
03 Mar 2017

Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA ke-35

Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA ke-35 dimulakan pada jam 8.30 pagi di De' Seri Endon, Puspanitapuri dan disambung dengan Majlis Perasmiannya pada jam 10 pagi pada hari Selasa, 28 Februari 2017. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Rosmah Mansur, Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah merasmikan Mesyuarat Agung ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Penasihat PUSPANITA KLN, YBhg. Dato' Ramlan Ibrahim dan Pengerusi PUSPANITA KLN, YBhg. Datin Hafipah Mohd Shah. 7 wakil daripada PUSPANITA KLN turut hadir menjayakan mesyuarat ini. Persembahan pembukaan majlis telah dipersembahkan oleh anak-anak PERMATA Seni @ PERMATA dengan tarian yang bertajuk 'Berai'.

p6 p9 p3 p1 p2 p4 p5 p7 p10 p11

Read more... →
28 Feb 2017

Seminar Transformasi Kepimpinan Wanita

PUSPANITA telah menganjurkan Seminar Tranformasi Kepimpinan Wanita - "Ilmu Asas Kecemerlangan" - pada 27 Februari 2017 bersempena dengan Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA ke-35, yang diadakan di De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Seminar ini berlangsung dari 8 pagi hingga 1 tengahari dan disertai oleh 7 orang peserta dari pihak PUSPANITA KLN. Seminar ini diisi dengan pengisian ilmu dengan 3 sesi, iaitu Sesi 1 - 'Pengaruh Kuasa dan Pangkat' dengan ahli panel dari SPRM, JPA dan PDRM. Sesi 2 - ' Cybersafe: How to Spot Fake News' oleh Cik Norzainah Omar dari SKM dan akhir sekali sesi 3 'Safety Tips For Women' oleh DSP Tan See Goon dari Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM.

sp5 sp4 sp3 sp1 sp2 sp6

Read more... →
27 Feb 2017

Majlis Makan Malam "Ladies Nite"

Majlis Makan Malam "Ladies Nite" - Arabian Nite telah diadakan pada 27 Februari 2017 di De'Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya. Seramai 21 orang daripada PUSPANITA KLN telah hadir termasuk Pengerusinya, YBhg. Datin Hafipah Mohd Shah. Majlis yang gilang gemilang ini merupakan acara tahunan PUSPANITA bersempena dengan Mesyuarat Agungnya. Majlis diserikan dengan Persembahan Tarian Selamat Datang, Persembahan Kombo oleh JKKN dan juga Persembahan Finalis 'PUSPANITA Got Talent". Majlis ini bermula jam 8.30 malam dan berakhir hampir ke pukul 11 malam. Terdapat juga hadiah untuk para pemenang Cabutan Bertuah.

ln1 ln10 ln5 ln6 ln7 ln8 ln9 ln3 ln4 ln12 ln13 ln14

Read more... →
27 Feb 2017
Page 1 of 4